It is not the strongest of the species that survives, nor the most intelligent, but rather the one most responsive to change.
Quotation by Charles Darwin (1809-1882),
British Naturalist.Pembelajaran merupakan aspek terpenting dalam menentukan kejayaan perubahan. Maber dan Mayon ( 1993 ) , melalui pembelajaran sesebuah organisasi akan lebih bersedia dan mampu menghadapi perubahan. Arah pemikiran akan lebih matang dan mampu membawa organisasi mencapai objektif yang telah dirancangkan.

Hellriegel, Jackson dan Slocum ( 1999 ) menyatakan , pembelajaran akan melibatkan ahli organisasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya produktiviti bertambah, keuntungan meningkat dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan semakin baik.

We bring Technology in Schools

Kesilapan masa lalu dapat dijadikan teladan. Sekiranya jatuh pada kali pertama, kita akan berhati-hati untuk perjalanan kali kedua. Ini bermakan proses pembelajaran telah berlaku. Ada juga organisasi yang telah gagal terus putus asa dan berundur daripada persaingan. Hanya organisasi yang peka kepada perubahan dan menganggapnya sebagai satu pembelajaran akan dapat membentuk strategi-strategi baru di masa hadapan. ( Tucker, 1983 ).

Stonham (1994) menekankan faktor persekitaran dalam menangani perubahan. Perkembangan di luar institusi pendidikan akan menentukan nasib perubahan. Jadi perancangan yang baik masih bergantung kepada faktor- faktor luar dan di luar jangkaan.

Sumber manusia juga menjadi penentu kejayaan perubahan. Kemahiran tinggi beserta intelektual yang tinggi menjadikan seseorang itu menerima perubahan yang ingin dilakukan. Pembelajaran akan mewujudkan sikap positif terhadap perubahan.

De Celles ( 1995 ) menyatakan, pembelajaran merupakan aspek terpenting di dalam menjayakan pengurusan perubahan. Masalah penyesuaian terhadap perubahan sering berlaku kerana organisasi mengabaikan aspek perubahan.

Edunet, Malaysia School Portals

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Projek yang menghubungkan semua lamanweb sekolah dan institusi pendidikan bukanlah idea yang baru malah telahpun dilaksanakan oleh sesetengah negara yang terkenal dengan kemajuan dalam pendidikan seperti seperti yang telah dilaksanakan di United Kingdom (http://www.schoolswebdirectory.co.uk), Amerika Syarikat (http://www.schools.com) dan Singapura (http://app.sis.moe.gov.sg/schinfo/index.asp). Namun begitu, Projek Study.com.my atau Edunet mempunyai keistimewaan yang tersendiri, malah fungsi utama projek ini yang bermatlamat untuk menghubungkan komuniti besar pendidikan dalam satu ruang yang interaktif dan bermaklumat bakal lebih berjaya daripada yang dilaksanakan oleh negera-negara berkenaan.

Keseluruhan laman web sekolah dan institusi pendidikan StudyMy atau Edunet dikawal oleh satu pusat (Admin). Kawalan  ini mempastikan bahawa setiap laman web mesti mengandungi semua menu-menu penting yang wajib dan seharusnya dimiliki oleh setiap laman web pendidikan iaitu, pengenalan, pautan,maklumat pentadbir, PIBG dan guru, galeri aktiviti bergambar,kurikulum,kokurikulum, muat turun borang, surat edaran dan pekeliling kerajaan, maklumat keputusan peperiksaan sekolah dan pencapaian tahunan peperiksaan awam, forum, perbincangan online (chatting), perbincangan offline (forum), ruangan santai bermaklumat, alumni, muat turun dokumen sekolah dan bank soalan sekolah dan senarai tenaga pengajar dan KTBM berserta nama, e-mail, no telefon dan tugas.

Berbeza dengan projek gabungan laman web sekolah di ketiga-tiga negara di atas ialah   tiada satu garis panduan yang piawaian berkaitan isi kandungan. Hal ini menyebabkan,    sesetengah maklumat penting yang mungkin diperlukan oleh pencari maklumat tidak    terkandung dalam menu laman web sekolah berkenaan. Projek di ketiga-tiga negara    berkenaan hanya melakukan pautan terus kepada laman web yang sedia ada di buat oleh    sekolah. Ketiadaan piawai tentang isi kandungan mengurangkan kepercayaan dan    keyakinan bahawa projek atau laman web sekolah berkenaan (yang dilawati) mempunyai maklumat yang    berbaloi untuk dilawati.

Kepada warga pendidik, kewujudan Edunet akan memberikan akses dan dunia interaktif pendidikan yang tidak terbatas. Kepada pentadbir sekolah, kehadiran ribuan laman web sekolah dengan informasi tentang pencapaian, pembangunan, inovasi pentadbiran, kaedah dan pelaksanaan dalam membangun sesebuah sekolah boleh dijadikan panduan di dalam melakukan penambahbaikan  sistem pentadbiran yang sedia ada agar dapat mencapai tahap kualiti dan kuantiti sebagaimana sekolah ternama lain. Kepada golongan pendidik, Edunet bakal memberikan dimensi baru tentang cara bertukar-tukar maklumat pendidikan di kalangan rakan sejawat, perbincangan secara online dengan pelajar dan rakan sejawat, membincangkan pelbagai masalah bersama dan mencari jalan penyelesaian bersama di kalangan rakan sejawat seluruh negara melalui pelbagai alternatif yang disediakan.

Golongan pelajar akan mendapati bahawa mereka tidak lagi berada di dunia yang terasing meskipun mereka terletak di luar bandar. Pelajar akan dapat berinteraksi melalui pelbagai aplikasi yang disediakan seperti ruangan forum, perbincangan online, alumni, menyumbang karya dan sebagainya. Pengalaman yang bakal mereka alami kelak akan banyak membantu kearah pencapaian kecemerlangan diri mereka di dalam bidang akademik masing-masing.

Kepada golongan masyarakat amnya dan ibu bapa pelajar khususnya, mereka tidak akan lagi terasing dengan maklumat terkini pihak sekolah. Hal ini pasti merapatkan lagi jurang antara sekolah dan masyarakat yang sejak akhir-akhir ini sering digembar-gemburkan mempunyai hubungan yang songsang. Bukan sahaja masyarakat dapat mengetahui aktiviti di sekolah dalam memajukan minda dan fizikal anak mereka, malah mereka mempunyai ruang untuk berforum, berhubung dengan kakitangan sekolah dan yang lebih penting mengetahui perkembangan semasa pencapaian akademik anak mereka setiap  semester secara ‘online’.

Umumnya, projek StudyMy akan memberikan impak yang sangat besar kepada negara. Setiap tahun kerajaan meletakkan belanjawan tertinggi dalam bidang pendidikan. Akhir-akhir, tumpuan kerajaan cenderung kearah pengaplikasian ‘internet’ dalam bidang pendidikan. Ini mewujudkan projek seperti SchoolNet, Pusat Akses dan penyediaan makmal komputer yang bukan sedikit kosnya. Malangnya, masih ramai golongan pendidik dan pelajar masih kabur dalam melihat perkembangan teknologi komunikasi ini dan peranannya dalam bidang pendidikan khususnya dalam proses pengaplikasian teknologi maklumat dalam keadaan realiti.

Golongan pelajar kebanyakannya tidak mempunyai arah tuju tentang penggunaan internet misalnya ramai yang menggunakan pusat akses untuk mencari ruangan berkaitan hiburan dan perkara-perkara lain yang kurang menyumbang kearah peningkatan minda dan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Kewujudan  Edunet bakal menjadi laluan lebuh raya yang akan membuka mata masyarakat tentang magis yang dapat dihasilkan melalui kuasa teknologi maklumat dan menunjukkan kepentingan teknologi maklumat dalam kehidupan nyata pelajar, guru dan masyarakat. Kehangatan peringkat awal pengenalan ICT yang sebelum ini mendapat publisiti meluas dalam dunia pendidikan kini semakin dingin apabila masyarakat khususnya warga pendidik, pelajar dan masyarakat mendapati seolah-olah ICT kurang dapat diaplikasikan dalam dunia realiti pendidikan selain daripada memudahkan tugas-tugas perkeranian dan pembelajaran dalam bentuk power point atau video.

Memandangkan dunia ICT bakal menjadi wadah utama menguasai kehidupan generasi pada masa kini untuk 5 hingga 10 tahun mendatang maka amat perlu sekali golongan ini didedahkan secara realistik pengaplikasian ICT dalam dunia nyata khususnya dalam dunia  sebenar yang bakal generasi kini akan  hadapi. Edunet akan menjadi pelengkap untuk mengisi kebanjiran infrastruktur dalam bidang teknologi maklumat di sekolah khususnya yang selama ini kurang dimanfaatkan.

Kewujudan EDunet juga sebagai mengatasi kekangan terhadp penggunaan ICT dalam proses komunikasi maya.

Masalah-masalah tersebut ialah:

  • Pengetahuan dan kepakaran guru yang terhad.  Ada guru menganggap bidang komunikasi masih baru dan mereka kurang mahir dalam cara pengendalian kurikulum, dan pelajar perlu mengambil masa untuk mengadaptasikannya.
  • Isi kandungan internet terbatas. Kerjasama  guru sangat perlu untuk menentukan kualiti bahan-bahan yang terdapat dalam internet.
  • Kekurangan peralatan.  Memerlukan kos yang banyak untuk melengkapkan peralatan yang   canggih.
  • Keupayaan untuk mengakses komputer. Pada masa ini masih kekurangan perkhidmatan dalam talian di seluruh negara ini lebih-lebih lagi bagi penduduk luar bandar.
  • Kemampuan bahan untuk diekses.
Melalui StudyMy, kami percaya perubahan dapat dilakukan dengan andaian-andaian:
  • Perancang dan penggubal dasar pendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga mestilah  berfikir secara intergratif.
  • Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara kakitangan menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu hendaklah dikeluarkan.
  • Komunikasi mestilah dipertingkatkan terutamanya merentas organisasi dan mobiliti staf perlu  digalakkan
  • Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkan pencapaian dan kejayaan . Budaya kebanggaan perlu disemai.
  • Rancangan perubahan pendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk membolehkan masyarakat dapat membuat cadangan dan menyumbang sebelum keputusan dibuat